Sunday, May 31, 2009

Resepsi Farhan & Zetty

Salam buat semua. . .
Entry kali nie still di Balik Pulau . .antara pasangan Farhan dan Zetty . .
Majlis berlangsung dengan meriah n happening,Nama kata "orang Penang",Habis suma Mamu,Mami,Nana,Chombi Suummmmmaa mai. . .meriah btoi la.Ape2 pon semoga Farhan n Zetty bahagia keanak cucu. . . "Selamat Pengantin Baru"

~arelan~






Wednesday, May 27, 2009

Faisal & Malisa

Sket coretan tentang dieorg. . . .
Entry kali nie just shooting outdoor saje,shoot dieorg nih mmg best . . tp atas masalah2 yang tak dijangka dpt gak shoot outdoor walaupon hari makin gelap. . .
~arelan~



Saturday, May 23, 2009

Ziarah angah

Ok. . .

Dah habis sesi liga bowling td. . .acara seterusnya teruih aku n wife blk ke kg aku di seberang. Balik ziarah ibu n ayah lak . Perjalanan mcm biasa la,ataih Penang Briged nie pon dh kurang sesaknya sbb dh bukak lane baru dh. . .klu dulu jenuh nk leh masuk naik jambatan tuh. . .alhamdulillah .

On the way balik umh ibu singgah jap ket akak aku yang baru bersalin 9 hari yang lepas . Masa awai2 kak aku bersalin tue aku takleh nk blk terus sbb ibu kata “angah” n “baby” sapa2 pon takleh tgk lg. . .baby pond ok dlm “kotak biru” tue , ape org kata tuh…”n-q-batter”??ape2 aje la. . .baby lahir tak cukup bulan . .so kena ada kawalan rapi la .

Sampai2 hospital,terus ke wad 10. Cari punya cari katil angah aku tak jumpa2. skali dh tak tahan nk pusing pi balik pi balik . .Last2 tanya “nurse” la. . .heheh(bukan apa..mata tue tak reti nak tgk nama ket katil) . Angah takdak pon di katil . .Hmm. .ape lg klu bukan pi ke toilet,It’s ok. . .aku n wife menanti dgn penuh setiaJ . .

Elok dh jumpe sume n bercerita panjang lebaq. . .aku mintak pic baby(anak sedara) nk tgk. .angah pon tunjuk la pic dlm hp dia. . .alaa cian la anak sedara aku nih,masa tue still lg “on tube”,terpaksa guna alat bantuan pernafasan . But now angah send mms ket aku yg baby dh off tube . Alhamdulillah. . . .

“Like nephew like his uncle”heheh. . .

~arelan~



: : Kena ada minyak angin o0oo.... : :

: : Jumpa gak akhirnya : :

: : Ayrel Ryan Reezqy : :

Bowling

Last weekend . .

Aku n wife blk ke seberang lmbt sket dr skalu. . .ada liga bowling lak antara cikgu2 sek wife aku nih,jd. . .sume leh bwk pasangan masing2(kire mcm liga bowling family2 cikgu2 la) , ramai gak yang dtg hr tue. . .bwk anak2 n isteri masing2 .

Biasa la,main dgn tak kenal org sume nih. . .mula2 kekok gak,dh la tak kenal . .pastuh trus main bowling sama2 lak . .heheh,aku?aku selamber jer. . . .dh lama tak main, last skali tue pon aku kalah dgn partner team aku. . .shamir,heheh . . .

Jadi. . .Liga bermula mcm biasa . Klu sebelah lelaki main relax2 jer, tp. . .yang sebelah kaum hawa nie naik tergelak aku dgr dieorg main,riuh satu mcm punya tuh. . tambah2 klu kena time org hayun bola tue masuk lak ”longkang” . .lg2 la riuh,maklumlah. . .cikgu2 nie mengajar jer keje dieorg,bowling nie suke2 jer. . .hehehe.

Ape2 pun, sepanjang prog nie sume org enjoy . Enjoy main bowling sama2,dpt kenal 1 sama yg lain,happening bwk anak2 sama . .n last skali bila dpt hadiah la J . Permainan habis selepas lbh kurang 1 jam setengah selepas permainan bermula . Dari berapa ramai yg hadir,Cuma 10 “hamper” yang ditawarkan . 5 utk lelaki n 5 utk perempuan .

Sape menang? . . . . . . .

“ Lu p.k la sendiri . . .assalamualaikum . . . “ hehehe


~arelan~



"Posse dulu"heheh. . .

: : suasana sblm bermula : :

: : Pakat2 ready dh tue : :

: : dok tunggu giliran : :

: : tempat ke-4 ( Cikgu Saad) : :

: : Tempat ke-3 ( Cikgu Rizwan ) : :

: : Naib Johan ( Cikgu Haizul ) : :

The Winner is. . . . .heheh ! ! !

Add Image

Sunday, May 17, 2009

1th Annyversary Married

Sedar tak sedar . .

Hari ini hari yang paling bermakna buatku. Segala macam yang aku lalui,pahit manis yang aku tempuhi,segala macam yang aku redahi . Hari ini hari yang cukup mendebarkan,hari yang penuh dugaan dan ujian,hari yang penuh emosi dan penantian,Maka. . .Pada tanggal inilah,di tahun yang lalu (2008) , Tepat jam 1.09 tgh aku selamat diijabkabulkan dengan Isteri aku . Maka. . .genaplah setahun kami melayari Bahtera Rumah tangga. Mengikat satu tali pernikahan bukanlah satu benda yang boleh remehkan,bebanan tanggungjawab dan sebagainya perlu di pegang dengan kukuh sbg Ketua Keluarga ini. . .

Kini. . .hanya doa dan saling memahami antara 1 sama lain yang paling penting bagi membina satu keluarga yang bahagia. Syukur pada yang Esa kerana menemukan kami .

Jutaan terima kasih juga buat Ibu dan Ayah yang banyak memberi sokongan dan dorongan sebelum aku berumah tangga. Angah yang banyak sgt membantu bagi menyempurnakan Majlis Pernikahan dan Majlis Perkahwinan aku tahun lalu..
Pengapit-pengapit aku Anuar(masa Akad),Khair(kenduri sblh perempuan),dan Ehsan ( sahabat baik aku semasa kenduri sblh aku). Seluruh warga kerja yang turut menyempurnakan majlis aku termasuk Andaman M.C ( arwah kak G ) , Ar-Rahman Catering Sungai Petani . Seluruh ahli keluarga aku yang turut hadir bersama bg memeriahkan majlis perkahwinan aku tahun lepas.

Last skali tak dilupakan Sifu Photog aku Asmady Ahmad(akad+kenduri laki) dan Bro Ajeez(kenduri p’puan) yang melayan jer karenah dan sanggup menunggu sehingga majlis selesai. Alhamdulillah gabungan yang aku rasa paling sempurna walaupon kami sekeluarga bukanlah org yang berada sgt, Cuma kerjasama dan sokongan dr pihak-pihak yang cukup ”perfact” membuatkan majlis kami haritue bertambah sempurna ,ceria n happening sgt walaupon keletihan .

: : 1001 kenangan yang tak mungkin akan aku lupakan : :

p/s : Buat isteri :- 14324 


: : Riak happy wajah ayah : :

: : My Mom : :

: : " Aku terima nikahnya . . ." : :

" heheh. . . .klaka la tok kadi nihh"

: : Alhamdulillah . .amien : :


: : "Adik ipaq angah nie kena chomei2 taw" : :


" Ayang. . .kita dh dpt lesen"


: : Mas Kahwin : :


: : Tanda ikatan kita : :


: : Abah n Mak Mertua : :

Saturday, May 16, 2009

Happy Teacher's Day

Salam. . . .

Kali ini sempena hari guru tanggal 16 Mei 2009, aku nk ucapkan Jutaan rasa penghargaan aku pd semua Guru-guru yang terutama skali kepada PENDIDIK aku sejak aku belum lahir,hingga aku reti membaca dan mengeja .Hari demi hari bermula dgn merangkak kemudian ber“taktih”,mula berdiri sehingga aku mulai belajar 1-1 perkataan.Iaitulah Ayah dan Ibu aku.Pendidik aku yang paling best dalam dunia.Kemudian JUTAAN terima kasih juga buat Guru2 aku masa aku tabika(tak ingat dah apa nama Guru tue),Cikgu Kalsom yang melantik aku sbg Ketua Kelas Biru tahun 1.Berpindah pula ke Sek.Keb. St. Mark Cikgu Ibrahim Atan.Dia pon lantik aku jd ketua darjah masa standard 2(cikgu dh lantik aku jd jer la...takkan nk bantah,heheh...)

Ustaz-Ustaz,Ustazah-Ustazah(klu nak sebut nama2 3m/s pon tak habis lg nie) aku yang byk memberi tunjuk ajar ke arah Ukhrawi . walaupun dok kena “balun” dulu2,tp d sbb itulah tanpa ajaran seperti itu membuatkan aku belajar bagaimana menjadi“Manusia “.

Prof-prof,Doc-doc masa aku ket Uni dulu . tak pernah jemu mengajar walau berlainan bahasa.Sehinggalah aku berjaya menamatkan pembelajaran aku nie.

Bermula dgn arwah Tok wan,Pak Saudara,Mak Saudara yang masih telah pencen dan yang sudah kembali ke Rahmatullah , Kebanyakkan ahli keluarga aku adalah GURU . Alhamdulillah. . .Kini aku memiliki SEORANG Isteri yang sungguh penyayang dan Isteriku ini jugalah seorang insan yang bergelar Guru .

Guru-guru Photog juga tak pernah aku lupakan. Sakalung penghargaan yang tak terhingga kerana merekalah aku mendapat peluang dan salah 1 punca rezeki aku dalam bidang fotografi nie.

Kini aku juga akan menjadi seorang Pendidik@Guru dalam mendidik amanah yang akan dikurniakan Allah tak lama lg . Aku akan menjadi seoranga Ayah dan aku mohon kekuatan agar menjadi Pendidik kepada anak-anakku yang Terbaik.

”Tuhan....Engkau Rahmatilah semua Guru-guru yang pernah mendidik aku sejak kecil dang Engkau Tempatkanlah mereka di tempat yang Terbaik di sisiMu,amien... ”

~arelan~

Monday, May 11, 2009

Mother's Day Celebration

Salam. . .
Enrty kali nie just nk citer sket psl Mother's Day Celebration our mom
Alhamdulillah . .Majlis just adik bradik n ipar jer ada,berlangsung di Radix Oriantal Cuisina Sungai Petani. Mulanya ingatkan tmpt tue just ada makanan ala2 western food,skali masuk2 jer di sambut dek pelayan yang comei2 dgn pakai Cheong Sam nya.Alaa....ala2 chainese food la.Whatever nie yang buatan Muslim,so no need to waswas la. . .
Makanan kebanyakkan sume best,berbaloi la klu pi. . .tp,apa yang paling best ialah.selepas habis mkn n sume melahap tahap tak hengat punya sbb terlalu lapaq.Sudah2 mkn tue haa...br nmpk muka org sebelah.
Yang penting. . .ending celebration nie kiteorg buat suprises ket Ibu. Jarang skali skung nie leh bersama2,so. . .Masa yang ada n tepat pd waktunya,sama2 la menghargai moment yg tak mungkin atau ntah bila akan ada lg. . .Ape2 pon layannnn

"Happy Mother's Day Ibu . . ."


: : Br sampai ke destinasi : :

: : Menu : :

: : Biasa la bdk2,asal ada kek jer kalut jer.. : :

: : Kena Posse gak sambil2 tue : :

: : Agenda penyerahan n suprise utk Ibu : :

: : More suprises : :

: : suke ibu dpt hp baru : :

: : Ucu bg Bunga ket Ibu : :

: : " Nak Ibu Angah,amik bunga nihh" : :

: : Siap dpt "wishing card" lg : :

: : Sape2 yang faham?? : :

: : " ucu sayang Ibu " : :

: : Khusu' Ibu dok baca kad ucapan dr kami : :

: : Kata2 penutup dr ayah : :

Saturday, May 9, 2009

Pisang yang pelik

Pagi tue abah mertua cuti,so. . .ape lg,habiskan masa di kebun pisang dia la. . .
Setelah lama dh berkebun ket tanah peninggalan tok wan.so . .blk dengan membawa hasil dr titik peluh depa. Abah sampai je blk dr berkebun trus panggil aku"Alan. . . .mai bwk kuaq kamera lekaih(cepat),abah dpt pidang pelik nih. . "Hmm. . .sepanjang aku hidup la,nie la kali pertama aku tgk pisang yang ntah camna nk sebut ntah cara berbuah dia.Bagi aku pelik la. . .biasa tunbuh mcm biasa.tp nie siap leh main "stop" ket tgh2,then berbuah separa n Jantung pun tunbuh lagu tue. . .hmm. . .renung2kanlah ciptaaNya.
~arelan~



Friday, May 8, 2009

Birthday Abah Mertua

Hmm. . .Harinie "besday" abah. Mcm biasa,sambutan yang sederhana . .
Mak puding jagung,adik ipaq aku buatkan kek,aku makan jer reti . . .+ shoot pic pak mertua aku punya besday.Biasa la. . .mana main hembuih2 (tiup2) lilin dh.Baca doa makan n terus jer melantak. . .lapaq gila dh nie:)

~arelan~


Saturday, May 2, 2009

Resepsi Yunne & Ijat

Salam buat semua...
So...nie majlis resepsi pertama kali aku di Balik Pulau selepas bermukim di sini semenjak awal tahun nie.Alhamdulillah majlis berjalan dgn lancar n syukur walaupon hujan turun,tp...pengantin tidak patah semangat nk outdoor gak,heheh. . .mmg enjoy shoot dieorg nihh,riuh2 n layan jer. . .
so . . .ape lg,tukhang shooting pon layannnnnnn. . . .

~arelan~


Friday, May 1, 2009

Bengkel Asas Photoshop

arelan photography. Powered by Blogger.

ShoutMix chat widget

Seri Embun Homestay

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP