Permata Hati arelan dan isteri ,
Salam buat semua pembaca blog ini…
Alhamdulillah setelah sekian lama aku offline kerana 10 hari yang lepas aku sibuk dengan kelahiran anakku yang pertama .
Pada mulanya bz dgn saat menunggu kelahiran,penuh debaran yang teramat . Hanya Tuhan saja yang mengetahui perasaan insan yang bakal bergelar ”Ayah”. Kalau ikutkan hati aku ingin berkongsi setiap saat yang aku alami sebelum ini . Tp apakan daya,kerana terlalu memikirkan saat isteriku yang menanggung derita,jadi...nak buat apa pun tak senang duduk dah..hanya mampu terus berdoa setiap minit agar isteriku dan anak yang akan aku perolehi kelak sihat dan selamat .
Akhirnya..
Tanggal 8 Ogos 2009 jam 03.07 pagi isteriku selamat melahirkan bayi perempuan, dengan mata kepala aku sendiri yang melihat kelahiran itu dan perit kesakitan yang terukir di wajah isteriku pada waktu itu . Hanya kalimah ”Alhamdulillah” dan terus aku sujud syukur di luar ”laberoom” tue . So, di bawah sedikit sedutan raut wajah Cahaya Mata ku yang tersayang .
Anyss Ayrisha Dayany . . . Welcome to the Earth ! ! !