Happy Teacher's Day
Salam. . . .
Kali ini sempena hari guru tanggal 16 Mei 2009, aku nk ucapkan Jutaan rasa penghargaan aku pd semua Guru-guru yang terutama skali kepada PENDIDIK aku sejak aku belum lahir,hingga aku reti membaca dan mengeja .Hari demi hari bermula dgn merangkak kemudian ber“taktih”,mula berdiri sehingga aku mulai belajar 1-1 perkataan.Iaitulah Ayah dan Ibu aku.Pendidik aku yang paling best dalam dunia.Kemudian JUTAAN terima kasih juga buat Guru2 aku masa aku tabika(tak ingat dah apa nama Guru tue),Cikgu Kalsom yang melantik aku sbg Ketua Kelas Biru tahun 1.Berpindah pula ke Sek.Keb. St. Mark Cikgu Ibrahim Atan.Dia pon lantik aku jd ketua darjah masa standard 2(cikgu dh lantik aku jd jer la...takkan nk bantah,heheh...)
Ustaz-Ustaz,Ustazah-Ustazah(klu nak sebut nama2 3m/s pon tak habis lg nie) aku yang byk memberi tunjuk ajar ke arah Ukhrawi . walaupun dok kena “balun” dulu2,tp d sbb itulah tanpa ajaran seperti itu membuatkan aku belajar bagaimana menjadi“Manusia “.
Prof-prof,Doc-doc masa aku ket Uni dulu . tak pernah jemu mengajar walau berlainan bahasa.Sehinggalah aku berjaya menamatkan pembelajaran aku nie.
Bermula dgn arwah Tok wan,Pak Saudara,Mak Saudara yang masih telah pencen dan yang sudah kembali ke Rahmatullah , Kebanyakkan ahli keluarga aku adalah GURU . Alhamdulillah. . .Kini aku memiliki SEORANG Isteri yang sungguh penyayang dan Isteriku ini jugalah seorang insan yang bergelar Guru .
Guru-guru Photog juga tak pernah aku lupakan. Sakalung penghargaan yang tak terhingga kerana merekalah aku mendapat peluang dan salah 1 punca rezeki aku dalam bidang fotografi nie.
Kini aku juga akan menjadi seorang Pendidik@Guru dalam mendidik amanah yang akan dikurniakan Allah tak lama lg . Aku akan menjadi seoranga Ayah dan aku mohon kekuatan agar menjadi Pendidik kepada anak-anakku yang Terbaik.
”Tuhan....Engkau Rahmatilah semua Guru-guru yang pernah mendidik aku sejak kecil dang Engkau Tempatkanlah mereka di tempat yang Terbaik di sisiMu,amien... ”
~arelan~
0 comments:
Post a Comment